Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar adalah Mantan Ketua Pengarah merangkap Mantan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Beliau telah menerima watikah perlantikan sebagai Senator Dewan Negara daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia bermula Disember 2022. Dr. Mohd Na’im mendapat pendidikan di Kolej Islam Sultan Alam Shah dan kemudian menyambung pelajaran didalam lulusan Sarjana Muda Undang- Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom, Diploma dalam Undang-Undang Syariah dan Amalan (DSLP) dari UIAM, Diploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam (DAIJ) dari UIAM dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Di peringkat antarabangsa, beliau pernah dilantik sebagai Malaysian Cheavening Visiting Fellow Oxford University, United Kingdom bagi tahun 2008/2009 dan Visiting Fellow di Harvard Law School, Harvard University, Amerika Syarikat bagi tahun 2012/2013. Sebelum menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mohd Na’im pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie yang menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa pada 1 April 2019. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), menyandang jawatan sebagai Pengarah, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

This site uses cookies. Find out more about cookies and how you can refuse them.