Yusaini Yusof

Speaker Details
  • Profession
    Pengarah dan Ketua Jabatan Syariah, Prudential BSN Takaful Berhad
  • PROFIL

    Puan Yusaini Yusof merupakan seorang pengamal Kewangan Islam dengan pengalaman lebih 23 tahun, khususnya dalam bidang Takaful keluarga. Beliau berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana Undang-undang dari UIAM, dan merupakan penerima PNGK tertinggi bagi Program Sarjana Undang-undang Perbandingan pada tahun 2004. Beliau juga merupakan antara graduan terawal program Chartered Islamic Finance Professional (CIFP) INCEIF di bawah tajaan ‘BNM Bright Scholarship’ dan kini sedang melanjutkan pengajian PhD di Institut Perbankan dan Kewangan Islam, UIAM. Kerjayanya bermula sebagai peguam dalam litigasi dan kewangan Islam sebelum menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau pernah berkhidmat berkhidmat sebagai Pegawai Pematuhan di Nomura Islamic Asset Management dan sebagai Ketua Unit Penasihat Syariah di Maybank Islamic Berhad. Kini, beliau merupakan Pengarah dan Ketua Jabatan Syariah di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN).