Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan (lahir 3 Jun 1977, di Tanjong Malim, Perak) ialah seorang ahli akademik, penulis dan ahli politik di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sejak 12 Disember 2023.
Dr. Zulkifli Hasan juga merupakan bekas Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Perhubungan Masyarakat), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan mantan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Beliau juga pernah memegang jawatan Anggota Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, ahli panel bagi regulasi muamalat dan halal,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mantan Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Negeri Sembilan.
Beliau setakat ini telah menulis dan menyunting 30 buah buku ilmiah dalam pelbagai bidang, antaranya perundangan, travelog, pemikiran Islam dan kewangan Islam, antara hasil penulisan dan kerja beliau; “Islam Di Barat Muslim Di Timur”, “Imam Yusuf Al-Qaradawi Pemikiran Dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Dakwah, Politik Dan Masyarakat”, “Shari’ah Governance in Islamic Banks” dan “Developments in Malaysian Law”.

This site uses cookies. Find out more about cookies and how you can refuse them.