Berlatarkan asas Syariah dan kewangan Islam, En. Izzam Khazar berperanan sebagai Penasihat Strategik di Institut ISRA, Universiti INCEIF. Sebelumnya, beliau berkhidmat di arena perbankan pusat (central banking) dan merangka dasar awam negara (public policy) di Bank Negara Malaysia sebagai Timbalan Pengarah. Kini, beliau telah memulakan kajian dalam bidang Institutional Economics bagi mencari penyelesaian ekonomi semasa serta Islamic Civilisational Leadership bagi mencorak akar kepimpinan masa hadapan.
Perjalanan ilmu dan kerjaya beliau berbekalkan pengalaman dalam pelbagai landasan praktik Syariah antaranya sebagai pegawai Syariah di Noor Investment Group, Dubai UAE (Noor Bank, Noor Takaful, Noor Trade dan Noor Awqaf) dan penasihat kepada Bena Capital, California USA. Beliau juga pernah mengemudi Shariah Centre of Excellence di Maybank Islamik Berhad dan penyelidik Syariah di Al-Rajhi Bank. Beliau pernah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Kewangan Islam di Institut Akauntan Malaysia dan fellow Persatuan Penasihat Syariah Dalam Kewangan Islam.
Semenjak menceburi dunia industri kewangan Islam, beliau telah mengetuai beberapa pelaksanaan audit Syariah di Emiriah Arab Bersatu dan Malaysia disamping menyampaikan sesi syarahan dan latihan Syariah di beberapa buah negara termasuk Emiriah Arab Bersatu, India, United Kingdom, Jerman, Maghribi, Arab Saudi, Syria, Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia.
Memanfaatkan ilmu tradisi Islam (turath) dan pengalaman praktikalnya, En. Izzam Khazar telah menyumbang kepada penggubalan dasar dan perancangan strategik untuk pembangunan negara. Ia dikukuhkan lagi dengan pengalaman beliau dalam menyelia pelbagai produk kewangan Islam (termasuk perbendaharaan, pasaran modal, perbankan runcit dan korporat, pelaburan, wakaf dan takaful) serta kajian-kajian Syariah yang telah dijalankan di peringkat industri (fundamental and developmental research).
En. Izzam Khazar telah memperolehi Ijazah Sarjana dalam Islamic Finance, Banking and Management (University of Gloucestershire, United Kingdom) selepas menamatkan ijazah Syariah (Universiti Al-Azhar, Mesir) dan pascasiswazah dalam Usul Fiqh (Institut Fatah Islami, Syria) serta Diploma Syariah (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Malaysia). Beliau juga telah berjaya menamatkan sijil pengajian dalam Public Policy Analysis (London School of Economics and Political Science (LSE)) serta Economics for Public Policy (Blavatnik School of Government, University of Oxford).

This site uses cookies. Find out more about cookies and how you can refuse them.