Ahmad Alfisyahrin Jamilin kini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah (Pakar Syariah) di Jabatan Sistem Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, dimana beliau bertanggungjawab merangka, mengawal selia dan melaksanakan dasar-dasar Syariah serta kewangan Islam peringkat nasional yang membentuk landskap kewangan Islam di Malaysia. Sepanjang kerjayanya, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Syariah di First Abu Dhabi Bank, Pengurus Kanan di HSBC Amanah Timur Tengah, serta Naib Presiden Kanan, Pengarah Syariah dan Ketua Pegawai Inovasi di Al Rajhi Bank Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Syariah di Affin Islamic Bank. Beliau memiliki Sarjana Sains dalam Perbankan dan Kewangan Islam serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Asas pendidikan Syariahnya bermula di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) serta Sijil Thanawi (Sijil Sekolah Tinggi).

This site uses cookies. Find out more about cookies and how you can refuse them.