Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil

Speaker Details
  • Profession
    Mufti Wilayah Persekutuan
  • PROFIL

    Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil merupakan Mufti Wilayah Persekutuan dan tokoh ilmuwan terkemuka dalam bidang Usul Fiqh, Fiqh Muamalat, dan Fiqh Kontemporari. Beliau mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam bidang penyelidikan, pendidikan, dakwah, dan penasihatan Syariah di peringkat nasional dan antarabangsa.

    Kini beliau berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Alliance Bank, Pengerusi FAZ Advisor, Pengerusi Lajnah Al-Irsyad MAIWP, serta Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Wilayah Persekutuan dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.Ustaz Fauwaz memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan Ijazah Sarjana Syariah (Usul Fiqh) dari Universiti Malaya. Beliau juga memiliki sijil profesional seperti Certified Shariah Advisor Auditor (CSAA, AAOIFI) dan Certified Shariah Advisor (CSA, 2025), serta sedang melanjutkan pengajian Diploma CIMA dalam Kewangan Islam.

    Beliau aktif membentangkan lebih daripada 20 kertas kerja akademik, menerjemah lebih 15 karya Arab ke dalam Bahasa Melayu, serta sering dijemput sebagai penceramah bagi program anjuran JAKIM, rancangan radio dan televisyen tempatan. Di samping itu, beliau juga memiliki sanad atau ijazah dari ulama terkemuka seperti Dr. Sa’ad Jawish dan Sheikh Mahmoud Shaltut.
    Sebagai seorang penulis prolifik, Ustaz Fauwaz pernah menerima Anugerah Penulis Fiqh Terbaik 2017 oleh Yayasan Buku Negara menerusi karya beliau bertajuk Fiqh Wanita. Fasih dalam Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan mahir berbahasa Inggeris, beliau dikenali sebagai ilmuwan yang berintegriti tinggi serta mempunyai hubungan erat dengan ramai ulama antarabangsa.