Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah adalah Profesor di Institut Perbankan dan Kewangan Islam IIUM (IIiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Selain mengajar, beliau aktif dalam bidang perundingan kewangan Islam, yang memberi pendedahan yang luas secara langsung berhubung perbankan dan kewangan Islam. Beliau menduduki pelbagai badan penasihat Syariah, antaranya seperti di Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF). Beliau turut mengembangkan minat terhadap institusi wakaf di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah AWQAF Holdings dan Khadijah International Waqf Foundation. Beliau turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa tatatertib Majlis Peguam Malaysia. Sebagai penghargaan atas sumbangannya kepada kewangan Islam global, beliau telah dianugerahkan sebagai Penyumbang Individu Terunggul Dalam Kewangan Islam 2004 dan 2014. Sebagai wanita perintis Syariah, beliau beberapa kali disenaraikan dalam kategori Wanita Berpengaruh, termasuk 10 Wanita Terbaik dalam Kewangan Islam dan Wanita Ke-3 Paling Berpengaruh dalam Kewangan Islam 2018 dan Ke-2 tahun 2020. Beliau memperoleh ijazah LLB (kepujian kelas pertama), LLB (Syari’ah) (kepujian kelas pertama) dan Sarjana Undang-Undang Perbandingan (MCL) dari UIAM. Pada tahun 1998, beliau memperolehi PhD dalam bidang undang-undang dari University of Aberdeen, United Kingdom. Beliau dikurniakan dengan empat putera, tiga puteri dan empat cucu.

This site uses cookies. Find out more about cookies and how you can refuse them.