Prof. Dato’ Dr. Ahmad Hidayat Buang

Speaker Details
  • Profession
    Pengerusi Jawatankuasa Syariah Amanahraya
  • PROFIL

    Pada masa kini adalah Profesor Kehormat di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam pengkhususan Undang-undang Mualamat dan Kehartaan Islam serta isu-isu semasa fatwa dan Mahkamah Syariah di Malaysia. Mula berkhidmat di Universiti Malaya dari tahun 1987 sehingga bersara pada September 2022. Menulis buku dan artikel akademik di jurnal dan membentang kertas kerja sama ada di dalam dan di luar negara. Menerima beberapa geran penyelidikan berprestij seperti IRPA dari MOSTI, Toyota Foundation, FRGS Kementerian Pengajian Tinggi, Lembaga Zakat Negeri Kedah serta SOAS Additional Award for Fieldwork. Bekas Pengerusi dan ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam Malaysia Berhad dari 2011-2023 dan MNRB dari 2004-2021. Pada masa kini Pengerusi Majlis Penasihat Syariah ARB dan ahli jawatankuasa Syariah HSBC Amanah. Seorang peguam syarie bertauliah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dari tahun 1999-2021. Menjadi pensyarah pelawat dan felo akademik di New Zealand (2001), United Kingdom (2005), Amerika Syarikat (2011), Turkiye (2016), Jepun (2016) dan Indonesia (2026). Memegang jawatan sebagai ketua jabatan Syariah dan Undang-undang, APIUM 1997-1999 dan 2016-2018, Timbalan Pengarah Pembangunan, APIUM 2005-2006 dan Pengarah Akademi Pengajian Islam 2006-2011. Mempunyai pengalaman dalam pembangunan, pembentukan dan pemantauan kurikulum pengajian tinggi di peringkat Jabatan, Akademi, Universiti dan kebangsaan sebagai ahli mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi MQA (2010-2019), ahli jawatankuasa Standard Program Undang-undang dan Perundangan Syariah MQA (2014) dan ahli senat Universiti Malaya (2006-2011 dan 2015-2021). Dianugerah darjah kebesaran DSDK oleh DYMM Sultan Kedah pada 17 Januari 2016 sempena hari keputeraan Baginda ke 88. Dilahirkan di Kedah pada 1962 dan berkahwin dengan Profesor Datin Dr. Raihanah Abdullah dengan empat orang anak dan empat cucu.