Megat Hizaini menyertai firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill (LHAG) pada Januari 2011 sebagai rakan kongsi dan ketua bahagian Amalan Kewangan Islam, yang merupakan sebahagian daripada jabatan Perkhidmatan Kewangan firma tersebut. Megat memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang (Kepujian Kelas Pertama) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), serta Ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge, UK dan dari Harvard Law School, AS. Megat merupakan bekas pemegang biasiswa Cambridge Commonwealth Trust di Cambridge University, biasiswa Universiti Islam Antarabangsa di Harvard Law School dan juga biasiswa Royal Dutch/Shell di UIAM. Megat diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahmakah Tinggi Malaya pada tahun 1991. Megat mahir dalam perihal perbankan dan kewangan konvensional dan Islam, serta kawal selia korporat dan perkembangan perundangan. Megat sering menasihati klien tempatan dan antarabangsa berkaitan isu rangka kerja perundangan dan kawal selia, untuk transaksi kewangan konvensional dan transaksi kewangan/pelaburan Islam di Malaysia dan di luar negara.
Megat juga telah diiktiraf sebagai salah seorang peguam yang dikenali melalui penerbitan seperti Legal 500, Chambers Asia, Chambers Global, International Financial Law Review’s Guide to the World’s Leading Islamic Finance Lawyers, International Financial Law Review’s Expert Guides, Who’s Who Legal serta direktori peguam kewangan Islam terkemuka oleh Islam Finance News. Megat berkhidmat sebagai salah seorang ahli badan penasihat Syariah kumpulan bagi Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB), syarikat takaful/ insurans Islam yang bertumpukan pada takaful keluarga/insurans hayat Islam yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia, dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (syarikat takaful/insurans Islam yang bertumpukan pada takaful am/insurans am Islam yang merupakan sebuah anak syarikat STMKB). Megat juga merupakan ahli jawatankuasa Syariah bagi Mizuho Bank (Malaysia) Berhad dan ahli badan penasihat Syariah Mizuho Bank Ltd. cawangan Labuan. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa Kewangan Islam, Majlis Peguam Malaysia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai pensyarah undang-undang di Kulliyyah (Fakulti) Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM dan pernah mengajar di UIAM sebagai pensyarah jemputan/ sambilan. Sebelum ini, Megat pernah menjadi rakan kongsi di Zaid Ibrahim & Co. (firma guaman) dan juga pengarah ZI Shariah Advisory Services Sdn. Bhd. (sebuah firma penasihat Syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia).

This site uses cookies. Find out more about cookies and how you can refuse them.