Datuk Prof. Dr. Mohd Akram Laldin

Speaker Details
  • Profession
    Penasihat Syariah
  • Company
    Bank Negara Malaysia
  • PROFIL

    DATUK PROF. DR. MOHAMAD AKRAM LALDIN, adalah Professor di Universiti INCEIF dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif, ISRA International Consulting dan Pengarah Eksekutif ISRA. Beliau berkelulusan Ph.D. Dalam bidang Usul al-Fiqh dari University Edinburgh, Scotland, United Kingdom dan Ijazah B.A Kepujian Perundangan dan Perundangan Islam dari University of Jordan, Amman, Jordan.

    Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyelidikan kewangan Islam dan bergiat aktif dalam pembangunan kewangan Islam global menerusi keanggotaan beliau dalam beberapa Jawatankuasa Syariah. Beliau sering membentangkan kertas kerja berhubung dengan perbankan dan kewangan Islam di dalam dan di luar negara. Beliau kini adalah Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pengerusi Lembaga Pengarah ASNB Wakalah Sdn. Bhd, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (FSA), Ahli Lembaga Syariah DDCAP London, Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Syariah Dalaman Dubai Islamic Bank, Ahli Majlis Penasihat Syariah Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa (IIFM) Bahrain, Panel Pakar Pasaran Antarabangsa yang Diiktiraf dalam Industri Kewangan (P.R.I.M.E Finance), Ahli Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) dan lembaga lain di dalam dan di luar negara. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam (ASAS).

    Dalam tempoh 2002-2004, beliau dilantik sebagai Penolong Profesor Pelawat di Universiti of Sharjah, Sharjah, Emeriah Arab Bersatu. Beliau banyak menghasilkan penulisan akademik, khususnya dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam. Beliau juga adalah penerima Anugerah Zaki Badawi 2010 untuk “Excellent in Shari’ah Advisory and Research”, Anugerah “Most Outstanding Individual Contribution to Islamic Finance” KLIFF 2016 dan penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Kerajaan Malaysia 2017. Beliau juga menerima anugerah Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dari Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Photos