En. Mazlan merupakan seorang peguam berkelayakan yang pakar dalam kewangan Islam, amalan pasaran modal, serta penstrukturan semula korporat dan hutang. En. Mazlan juga telah menerima pengiktirafan sebagai peguam kewangan Islam terkemuka dalam pelbagai penerbitan termasuk Legal 500, IFLR 1000, Chambers & Partners, Who’s Who Legal, Expert Guide dan Islamic Finance News sepanjang lebih dua dekad dalam amalan perundangan swasta. Mazlan telah berkhidmat dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) selama 6 tahun, dengan tanggungjawab menyelia pembangunan piawaian berhemat IFSB mengenai amalan tadbir urus korporat untuk semua segmen perkhidmatan kewangan Islam. Encik Mazlan juga memainkan peranan penting dalam menerajui inisiatif IFSB dalam menangani isu perundangan dalam kewangan Islam. Pada masa ini, Encik Mazlan juga berkhidmat sebagai pengarah bebas Prudential-BSN Takaful Berhad; dan sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). En. Mazlan memiliki Ijazah Sarjana Sains (MSc.) dalam Ekonomi Islam, Perbankan dan Kewangan daripada Universiti Loughborough, United Kingdom; dan Sarjana Muda Undang-undang (LL.B – Kepujian) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga pernah menghadiri Summer School di Sophia University di Jepun, mempelajari pengurusan dan sejarah Jepun; serta menyertai Program Pertukaran Pelajar di Universiti Indonesia, di mana beliau mendapat pendedahan mengenai sistem perundangan Indonesia.

This site uses cookies. Find out more about cookies and how you can refuse them.