YA Dr. Johan ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau juga kini merupakan profesor adjung di Pusat Pengajian Undang-undang UUM, Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa UUM. Beliau berkelulusan LLB (Kepujian) dari UIAM. Beliau juga memiliki ijazah Sarjana Undang-undang Perbandingan, Diploma pascasiswazah dalam Syariah dan Amalan Undangundang, (kedua-duanya dari UIAM), M.A. dalam Ekonomi dari King’s Collage London, dan Ph.D. dalam Undang-undang Perniagaan dan Komersial dari Monash University Australia. Terdahulu, beliau adalah seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak, Mahkamah Syariah, dan Mahkamah Agung Brunei. Beliau telah menjadi penimbang tara (arbitrator) dan pengantara (mediator) bertauliah sejak 2003 dan 2008 masing-masingnya.
Beliau ialah Penasihat Syariah dan Juruaudit Bertauliah (CSAA) bagi Organisasi Perakaunan dan Pengauditan untuk Institusi Kewangan Islam (AAOIFI). Sehingga perlantikannya sebagai pesuruhjaya kehakiman, YA Dr. Johan aktif dalam amalan undang-undang. Beliau merupakan rakan kongsi pengurusan J. Lee & Associates, sebuah firma guaman yang memenangi pelbagai anugerah, selama lebih daripada 20 tahun. Di samping amalan undang-undang yang aktif, sejak 2001, beliau juga telah menjadi pensyarah sambilan di beberapa fakulti undang-undang tempatan, termasuk UIAM untuk program LLM, Universiti Sultan Zainal Abidin—UniSZA dan Universiti Malaya untuk program LLB, dan IiBF (UIAM) untuk MSc. dalam program Perbankan Islam. Pada tahun 2006, beliau adalah seorang sarjana pelawat (visiting scholar) di Pusat Undang-undang Asia di Universiti Washington. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengajian Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IiBF), UIAM, untuk tempoh 2010–2012. Beliau juga pernah menjadi ahli Lembaga Pengajian Fakulti Undang-undang Universiti Malaya bagi tempoh 2015-2017. Beliau pernah memegang jawatan sebagai pengarah IIUM Shariah Advisory Services Sdn. Bhd.
Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah (SAC) Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) sejak 2015 sehinggalah perlantikan beliau sebagai pesuruhjaya kehakiman. Beliau juga pernah dilantik sebagai ahli jawatankuasa syariah sebuah bank perdagangan antarabangsa dan pengendali takaful tempatan. Beliau telah mengarang lebih daripada 12 buku teks dan buku rujukan serta menulis banyak makalah di seluruh dunia mengenai kewangan Islam. YA Dr. Johan telah dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman berkuat kuasa 1 April 2021. Beliau kemudiannya ditauliah sebagai hakim penuh mahkamah tinggi pada Jun 2023. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengajian Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya untuk tempoh 2021–2024. Beliau bakal menerbitkan satu siri buku 6 judul mengenai kewangan Islam pada tahun 2025 melalui the Current Law Journal. Sebahagian daripada 6 judul tersebut akan dikarang bersama dengan beberapa tokoh terkemuka dalam industri perbankan dan kewangan Islam.

This site uses cookies. Find out more about cookies and how you can refuse them.