Berlatar belakang asas Syariah dan kewangan Islam, Encik Izzam Khazar berperanan di arena perbankan pusat (central banking) dan dasar awam negara (public policy) sebagai Timbalan Pengarah di Bank Negara Malaysia. Perjalanan beliau dalam merangka dasar awam negara berbekalkan pengalaman beliau dalam bidang kepenasihatan Syariah sebagai pegawai Syariah di Noor Investment Group, Dubai (Noor Bank, Noor Takaful, Noor Trade dan Noor Awqaf) dan penasihat kepada Bena Capital, California. Beliau juga pernah mengemudi Shariah Centre of Excellence di Maybank Islamic Malaysia dan penyelidikan dan penasihatan Syariah di Al Rajhi Bank Malaysia. Baru-baru ini, beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Kewangan Islam di Institut Akauntan Malaysia. Semenjak langkahan pertama dalam industri kewangan Islam, beliau telah mengetuai beberapa pelaksanaan audit Syariah di Emiriah Arab Bersatu dan Malaysia disamping menjalankan sesi syarahan dan latihan Syariah di beberapa buah negara termasuk Emiriah Arab Bersatu, India, United Kingdom, Jerman, Maghribi, Arab Saudi, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Encik Izzam telah memperolehi Ijazah Sarjana dalam Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam dari Universiti Gloucestershire, United Kingdom selepas menamatkan ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan pascasiswazah dalam bidang Usul Fiqh di Institut Fatah Islami, Syria. Sebelum itu, beliau telah memperolehi Diploma Syariah daripada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Malaysia. Terkini, beliau telah menamatkan sijil pengajian dalam Public Policy dari London School of Economics and Political Science (LSE) serta Economics for Public Policy dari Blavatnik School of Government, University of Oxford.

This site uses cookies. Find out more about cookies and how you can refuse them.