Khairul Kamarudin

Speaker Details
  • Profession
    CEO
  • Company
    Bank Muamalat Malaysia Berhad
  • PROFIL

    Khairul Kamarudin memegang jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad sejak 1 November 2019 hingga sekarang. Berbekalkan pengalaman kerjayanya yang luas, beliau telah membawa pengalaman perbankan Islam ke dalam peranan tersebut. Terdahulu, beliau memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan BIMB Holdings Berhad, serta Pengerusi BIMB Investment Berhad. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah kepada pelbagai institusi kewangan, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan perbankan Islam dalam dan luar Negara.
    Usaha En. Khairul untuk meletakkan Bank Muamalat sebagai peneraju dalam perbankan Islam telah menggalakkan Bank memacu kemajuan dalam inovasi, kepuasan pelanggan, dan pertumbuhan mampan. Di bawah kepimpinannya, Bank Muamalat berjaya mencapai pelbagai pencapaian penting, termasuk keuntungan sebelum cukai tertinggi dalam sejarah, nisbah pembiayaan terjejas kasar yang paling rendah, dan kedudukan teratas dalam Indeks Kepuasan Perkhidmatan Pelanggan.

    Bank Muamalat juga telah meraih anugerah dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara di bawah kepimpinan En. Khairul. Antaranya adalah “Most Improved Retail Bank in Malaysia 2023” oleh Islamic Retail Banking Awards di mana beliau juga menerima anugerah “CEO of the Year 2023”. Selain itu, Bank Muamalat juga telah menerima anugerah “ASEAN Islamic Banking Excellence Awards 2023” oleh KSI Strategic Institute for Asia Pacific; “Most Innovative Mortgage Product Award” oleh The Banker Islamic Banking Awards 2024 dan “IFN Regulatory Deal of the Year 2024” pada Islamic Finance News Awards 2024. Terbaru, En. Khairul juga telah dipilih sebagai “CEO of the Year 2024” di Global Islamic Finance Awards 2024.

Photos