Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah, berasal dari Kelantan merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan,Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Sebagai seorang Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, beliau diberikan mandat mengajar subjek kewangan Islam kerana kepakaran beliau di dalam Undang-undang Komersial Islam, Pasaran Kewangan Islam dan Teori Undang-Undang Islam.
Dr Ahmad Sufian memulakan kembara pendidikan beliau dengan memperolehi Sarjana Muda Syariah & Pengurusan dan seterusnya melanjutkan pendidikan dengan meperolehi Sarjana Syariah (Fiqh Kewangan Islam) di Universiti Malaya pada tahun 2008. Pada tahun 2015, beliau berhasil menamatkan kembara pendidikan beliau di Jordan dengan memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam Bidang Ekonomi dan Perbankan Islam dari Universiti Yarmouk.
Selain berkhidmat dalam sektor Pendidikan sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, beliau juga menyumbang kepakaran beliau di dalam fiqh dan Usul Fiqh dengan menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa Perundigan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, juga ahli jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Jawatankuasa Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK).
Dalam Industri Perbankan dan Takaful, Dr Ahmad Sufian juga turut menyumbang dengan menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah CIMB Islamic Berhad, Ahli Jawatankuasa Syariah SME Bank Berhad, dan Ahli Badan Penasihat Syariah Takaful Malaysia Keluarga Berhad (2017 hingga 2024).
Hasil kepakaran beliau di dalam sektor kewangan Islam, beliau berjaya menerbitkan beberapa buku dan jurnal yang bertumpu kepada Fiqh Muamalat (Fiqh Kewangan Islam) dan Usul Fiqh. Antara buku yang pernah diterbitkan ialah iaitu Kaedah Interpretasi Teks Hukum Islam, Fiqh Muamalat, Ayat dan Hadis Hukum.Muamalat, Ringkasan Terminologi Hadis, Keusahawan Islam dan lain-lain..
Beliau juga merupakan pengasas dan pentadbir kepada “muamalat.my”, sebuah platform media sosial yang berusaha menjadi medium pendidikan dalam meningkatkan kesedaran awam dalam Kewangan Islam dan Takaful sejak tahun 2013.

This site uses cookies. Find out more about cookies and how you can refuse them.