DR. AHMAD SUFIAN CHE ABDULLAH
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Beliau memperolehi Sarjana Muda Syariah & Pengurusan dan Sarjana dengan pengkhususan dalam Kewangan Islam (Fiqh Kewangan), dari Universiti Malaya, masing-masing pada tahun 2003 dan 2008. Pada tahun 2015, beliau memperoleh Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam, dari Universiti Yarmouk, Jordan. Kini beliau adalah pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa UM Awqaf (Jamuari 2017- Disember 2018). Merupakan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Kenanga Investment Bank Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad. Merupakan Penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Pada 2016-2018 beliau dilantik sebagai ahli Panel Pakar Muamalat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pada tahun 2019 Turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis untuk sesi 2019. Beliau menghasilkan banyak penerbitan seperti buku dan kertas penyelidikan dalam bidang usul fi qh, fi qh muamalat, perbankan dan kewangan Islam dan Takaful. Beliau merupakan pengasas dan pentadbir kepada “muamalat.my”, sebuah platform media sosial yang berusaha menjadi medium pendidikan dan meningkatkan kesedaran awam dalam muamalat Islam, Kewangan Islam dan Takaful sejak tahun 2013.