DR. MOHAMMAD ABDUL RAHIM SULTAN AL-OLAMA

Penasihat Syariah, UAE

Dr Mohammad Abdul Rahim Sultan Al Olama adalah merupakan profesor perundangan Islam di Universiti UAE, Al Ain, di mana beliau juga mempengerusikan Jabatan Pengajian Islam Asas dan menjadi Timbalan Dekan di dalam pengurusan penyelidikan. Di dalam 17 tahun ini, Profesor Al Olama telah mengajar sebanyak 20 kursus pengajian Islam yang berbeza, termasuk pengambilan bahagian di dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan, dan menerbitkan beberapa buku. Beliau adalah merupakan ahli beberapa lembaga syariah institusi kewangan Islam, Majlis Tertinggi Sarjana Syariah Dubai, dan juga ahli jawatankuasa penganjur di Dubai Holy Quran Award serta ketua unit penyelidikan dan kajiannya. Profesor Al Olama memiliki Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Syariah dari Universiti Islam di Madinah, Arab Saudi, dan Ijazah Sarjana dan PHD dalam bidang perundangan Islam dari Universiti Umm Al Qura di Makkah, Arab Saudi.